Wednesday, October 1, 2008

Jelaskan konsep sumber boleh diperbaharui dan sumber tidak boleh diperbaharui.

Sumber boleh diperbaharui boleh dijelaskan berdasarkan dua konsep: Pertama, ia merupakan sumber yang mempunyai bekalan berterusan dan tidak pupus walaupun dibunakan berulang-ulang kali seperti air, udara, suria, ombak, pasang surut dan lain-lain. Kedua, sumber tersebut boleh diganti, diwujudkan semula atau dipulihkan setelah diguna oleh manusia. Misalnya, sumber hutan, tanah pertanian, padang rumput, sumber tenaga biomass dan sebagainya.
Sumber tidak boleh diperbaharui merupakan sumber yang akan pupus apabila diguna berterusan dan tidak boleh diganti semula atau diwujudkan / diciptakan semula. Kejadian atau pembentukan sumber in mengambil masa yang amat panjang, mungkin berjuta-juta tahun. Misalnya, bahan api fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli, pelbagai jenis mineral logam dan lain-lain.

Saturday, September 27, 2008

Jelaskan sebab-sebab negara maju mengalami proses penuaan yang lebih cepat berbanding dengan negara sedang membangun.

Negara maju - Jepun, Jerman, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Proses penuaan - saiz golongan tua semakin bertambah sedangkan saiz golongan muda semakin kecil.

Sebab-sebab / faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut:

  1. Kadar kelahiran rendah menjadikan bilangan penduduk muda sedikit - dipengaruhi kejayaan amalan perancangan keluarga dan gaya hidup moden yang lebih memilih saiz keluarga yang kecil.
  2. Taraf pendidikan yang tinggi menjadikan penduduk lebih sedar tentang aspek penjagaan kesihatan - melanjutkan usia.
  3. Taraf hiuo yang tinggi, makanan mencukupi dan berzat menjadikan jangka hayat penduduk lebih panjang.
  4. Taraf kesihatan yang tinggi, kemudahan kesihatan yang moden dan mencukupi menyebabkan pelbagai penyakit bahaya dapat diubati, wabak penyakit dapat dikawal.

(sumber: ubahsuai dari Strategi Menjawab Soalan STPM Geografi Kertas 2, Fajar Bakti)