Saturday, September 27, 2008

Jelaskan sebab-sebab negara maju mengalami proses penuaan yang lebih cepat berbanding dengan negara sedang membangun.

Negara maju - Jepun, Jerman, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Proses penuaan - saiz golongan tua semakin bertambah sedangkan saiz golongan muda semakin kecil.

Sebab-sebab / faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut:

  1. Kadar kelahiran rendah menjadikan bilangan penduduk muda sedikit - dipengaruhi kejayaan amalan perancangan keluarga dan gaya hidup moden yang lebih memilih saiz keluarga yang kecil.
  2. Taraf pendidikan yang tinggi menjadikan penduduk lebih sedar tentang aspek penjagaan kesihatan - melanjutkan usia.
  3. Taraf hiuo yang tinggi, makanan mencukupi dan berzat menjadikan jangka hayat penduduk lebih panjang.
  4. Taraf kesihatan yang tinggi, kemudahan kesihatan yang moden dan mencukupi menyebabkan pelbagai penyakit bahaya dapat diubati, wabak penyakit dapat dikawal.

(sumber: ubahsuai dari Strategi Menjawab Soalan STPM Geografi Kertas 2, Fajar Bakti)

Thursday, September 25, 2008

Kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia semakin menurun. Jelaskan bagaimana negara Malaysia mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja biasa dan tenaga

  1. Kerajaan menggalakkan pendidikan termasuk pendidikan percuma sehingga ke peringkat menengah, menubuhkan lebih banyak institut, maktab dan universiti untuk melatih tenaga kerja yang mahir.
  2. Membantu melatih tenaga kerja yagn mahir - program pembangunan sumber manusia teknikal dan vokasional oleh majikan melalui bantuan dan insentif kerajaan, kerajaan juga menubuhkan Pusat Latihan Tenaga Pengajar dan Kemahiran Lanjutan di bawah Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Pembangunan Sumber untuk memberi kursus kepada tenaga manusia dalam kemahiran teknikal seperti automobil, kimpalan logam, plastik, getah, kayu dan latihan kemahiran elektrik dan elektronik.
  3. Import tenaga kerja dan tenaga mahir dari negara luar - melalui projek kerjasama, membenarkan kemasukan tenaga kerja dan tenaga mahir dari negara luar, contoh syarikat kerjasama kereta Proton, syarikat kerjasama elektronik Matsushita mendapat bantuan tenaga kerja dari negara Jepun.
  4. Polisi kerajaan berkaitan imigrasi pekerja dari negara luar untuk memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor perkilangan, sektor pembinaan, sektor pertanian, sektor perkhidmatan - membenarkan pengambilan buruh dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Bangladesh dan lain-lain untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor ekonomi tersebut.
  5. Polisi kependudukan menggalakkan kelahiran, seperti polisi kependudukan mencapai 70 juta pada tahun 2100, galakan melalui potongan cukai pendapatan, cuti bersalin bagi ibu bekerjaya yang melahirkan anak dan suaminya, kemudahan perubatan menjaga ibu mengandung dan kemudahan bersalin.
  6. Menggalakkan penggunaan mesin, contoh robot dalam operasi kilang untuk mengurangkan pergantungan terhadap tenaga manusia.
  7. Menggalakkan pembangunan industri berintensifkan kapita untuk menggantikan industri berintensifkan buruh, memberi galakan cukai termasuk pengecualian cukai, taraf perintis, mengurangkan cukai import mesin.
  8. Melanjutkan usia wajib bersara dari 55 tahun kepada 58 tahun atau 60 tahun. Ini dapat mengekalkan tenaga mahir dan berpengalaman di pasaran buruh.
  9. Memberi insentif yang menarik untuk menjaga kebajikan pekerja tempatan seperti bayaran elauan kerja lebih masa yang berpatutan, bonus tahunan, peluang kenaikan pangkat yang banyak, pakej percutian dan lain-lain kepada para pekerja agar dapat mengekalkan penduduk berkhidmat di dalam negara dan tidak berhijrah ke negara asing.

(sumber: ubahsuai dari Strategi Menjawab Soalan STPM Geografi Kertas 2, Fajar Bakti)

Thursday, September 18, 2008

Arah Aliran Pertumbuhan Smeula Jadi Penduduk Malaysia antara Tahun 2000 hingga 2004.

Jadual berikut menunjukkan arah aliran perubahan kadar kependudukan di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2004.

Kadar bagi setiap 1000 penduduk 20002001200220032004
Kadar kelahiran kasar23.222.622.221.921.3
Kadar kematian kasar4.54.64.64.64.7
Kadarpertumbuhan penduduk18.718.017.617.316.6

(a) Berdasarkan data perangkaan dalam jadual di atas, jelaskan arah aliran pertumbuhan semula jadi penduduk Malaysia antara tahun 2000 hingga 2004. [7 markah]

  • Pertumbuhan semula jadi penduduk menurun setiap tahun. Antara tahun 2000 hingga 2001, penurunan sebanyak 0.7 orang bagi setiap 1000 oang penduduk. Antara tahun 2000 hingga 2004, penurunannya ialah sebanyak 2.1 orang bagi setiap 1000 orang penduduk. Penurunan ini adalah disebabkan oleh:
  1. Program perancangan keluarga mencapai kejayaan.
  2. Perkahwinan lewat di kalangan wanita yang bekerja dan tmpuan penduduk kepada bidang pekerjaan di samping kekurangan masa untuk menguruskan anak-anak.
  3. Taraf pendidikan rakyat yang meningkat membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

(b) Jelaskan sejauh manakah program kawalan penduduk sesebuah negara mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesebuah negara. [8 markah]

  1. Program perancangan keluarga seperti pencegahan kehamilan melalui penggunaan pil perancang, penggunaan kondom, pengguguran serta meningkatkan umur berkahwin yang dijalankan di Indonesia, Filipina dan Thailand kurang mendapat sambutan di kalangan rakyatnya kerana penduduk di luar bandar sukar menerima teknik pencegahan kehamilan moden.
  2. Faktor agama seperti agama Islam melarang amalan menggugurkan kandungan kerana menggalakkan pertambahan umatnya.
  3. Dasar kerajaan juga penting dalam menentukan keberkesanan program kawalan penduduk. Dasar kerajaan menetapkan seorang anak dalam sebuah keluarga di Negara China dapat mengurangkan jumlah penduduknya.
  4. Meningkatkan taraf pendidikan di kalangan penduduk secara tidak langsung mengurangkan pertambahan penduduk. Penduduk mendapat maklumat tentang kaedah perancangan keluarga melalui pembacaan dan umur berkahwin di kalangan wanita dapat dilewatkan.

(sumber: Ubahsuai daripada Kemahiran Geografi, Arah Pendidikan)

Monday, September 15, 2008

Jelaskan pola taburan penduduk di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000.

Pada tahun 2000, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan 22.2 juta orang. Purata kepadatan penduduk ialah kira-kira 67 orang per km persegi. Namun begitu, taburan penduduknya adalah tidak seimbang. Pola taburan penduduk di Malaysia boleh dibahagikan kepada penduduk padat, penduduk sederhana padat dan penduduk jarang.

Kawasan berpenduduk padat (melebihi 200 orang per km persegi) terdapat di kawasan yang rata, subur serta sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian, perhubungan, perkilangan, perkhidmatan dan perindustrian. Kebanyakan kawasan berpenduduk padat terletak di jaluranPantai Barat Semenanjung Malaysia yang bermula dari utara hingga selatan Semenanjung Malaysia. Antara kawasan berpenduduk padat seperti di Dataran Kedah-Perlis, Lembah Kinta di Perak, Lembah Klang di Selangor, sekitar bandar Seremban di Neger Sembilan dan di sekitar bandar Johor Bahru di Johor. Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pula kawasan berpenduduk padat terletak di Dataran Kelantan di kelantan, Kuala Terengganu di Terengganu dan bandar Kuantan di Pahang. Selain itu, bandar-bandar utama di setiap negeri juga berpenduduk padat kerana fungsinya sebagai ibu negeri, pusat perniagaan dan perdagangan, pusat kewangan dan pusat industri seperti Seremban, Ipoh, George Town, Kangar dan Kota Bharu.

Kawasan berpenduduk sederhana padat (antara 50 hingga 200 orang per km persegi) tertumpu di kawasan penanaman padi, getah dan kelapa sawit, pesisir pantai, bandar kecil dan sederhana serta kawasan rancangan tanah kerajaan. Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pula kawasan berpenduduk sederhana pada terletak di sekitar Kulim dan Jitra di Kedah, Teluk Intan di Perak, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Batu Pahat dn Muar di Johor. Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kawasan berpenduduk sederhana padat terletak di antara Dungun dengan kawasan luar Kuantan, Daerah Bachok di Kelantan, sekitar bandar Jerantut di Pahang dan sekitar bandar Mersing di Johor. Selain itu, kawasan berpenduduk sederhana terletak di kawasan rancangan kemajuan tanah seperti di Jengka, Pahang Tenggara (DARA), Johor Tenggara (KEJORA), Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Kawasan berpenduduk jarang (kurang 50 orang per km persegi) biasanya terletak di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang, berhutan tebal seperti di Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang, Banjaran Tahan serta kawasan berpaya di bahagian timur Johor. Kawasan ini mempunyai penduduk jarang kerana kurangnya kemudahan pengangkutan. Penduduk di kawasan ini tinggal berelerak dan menjalankan kegiatan pertanian pindah.
(sumber: Ubahsuai daripada Kemahiran Geografi, Arah Pendidikan)