Negara maju - Jepun, Jerman, Amerika Syarikat dan lain-lain.
Proses penuaan - saiz golongan tua semakin bertambah sedangkan saiz golongan muda semakin kecil.
Sebab-sebab / faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut:
- Kadar kelahiran rendah menjadikan bilangan penduduk muda sedikit - dipengaruhi kejayaan amalan perancangan keluarga dan gaya hidup moden yang lebih memilih saiz keluarga yang kecil.
- Taraf pendidikan yang tinggi menjadikan penduduk lebih sedar tentang aspek penjagaan kesihatan - melanjutkan usia.
- Taraf hiuo yang tinggi, makanan mencukupi dan berzat menjadikan jangka hayat penduduk lebih panjang.
- Taraf kesihatan yang tinggi, kemudahan kesihatan yang moden dan mencukupi menyebabkan pelbagai penyakit bahaya dapat diubati, wabak penyakit dapat dikawal.
(sumber: ubahsuai dari Strategi Menjawab Soalan STPM Geografi Kertas 2, Fajar Bakti)
No comments:
Post a Comment