Thursday, September 25, 2008

Kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia semakin menurun. Jelaskan bagaimana negara Malaysia mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja biasa dan tenaga

  1. Kerajaan menggalakkan pendidikan termasuk pendidikan percuma sehingga ke peringkat menengah, menubuhkan lebih banyak institut, maktab dan universiti untuk melatih tenaga kerja yang mahir.
  2. Membantu melatih tenaga kerja yagn mahir - program pembangunan sumber manusia teknikal dan vokasional oleh majikan melalui bantuan dan insentif kerajaan, kerajaan juga menubuhkan Pusat Latihan Tenaga Pengajar dan Kemahiran Lanjutan di bawah Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Pembangunan Sumber untuk memberi kursus kepada tenaga manusia dalam kemahiran teknikal seperti automobil, kimpalan logam, plastik, getah, kayu dan latihan kemahiran elektrik dan elektronik.
  3. Import tenaga kerja dan tenaga mahir dari negara luar - melalui projek kerjasama, membenarkan kemasukan tenaga kerja dan tenaga mahir dari negara luar, contoh syarikat kerjasama kereta Proton, syarikat kerjasama elektronik Matsushita mendapat bantuan tenaga kerja dari negara Jepun.
  4. Polisi kerajaan berkaitan imigrasi pekerja dari negara luar untuk memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor perkilangan, sektor pembinaan, sektor pertanian, sektor perkhidmatan - membenarkan pengambilan buruh dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Bangladesh dan lain-lain untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor ekonomi tersebut.
  5. Polisi kependudukan menggalakkan kelahiran, seperti polisi kependudukan mencapai 70 juta pada tahun 2100, galakan melalui potongan cukai pendapatan, cuti bersalin bagi ibu bekerjaya yang melahirkan anak dan suaminya, kemudahan perubatan menjaga ibu mengandung dan kemudahan bersalin.
  6. Menggalakkan penggunaan mesin, contoh robot dalam operasi kilang untuk mengurangkan pergantungan terhadap tenaga manusia.
  7. Menggalakkan pembangunan industri berintensifkan kapita untuk menggantikan industri berintensifkan buruh, memberi galakan cukai termasuk pengecualian cukai, taraf perintis, mengurangkan cukai import mesin.
  8. Melanjutkan usia wajib bersara dari 55 tahun kepada 58 tahun atau 60 tahun. Ini dapat mengekalkan tenaga mahir dan berpengalaman di pasaran buruh.
  9. Memberi insentif yang menarik untuk menjaga kebajikan pekerja tempatan seperti bayaran elauan kerja lebih masa yang berpatutan, bonus tahunan, peluang kenaikan pangkat yang banyak, pakej percutian dan lain-lain kepada para pekerja agar dapat mengekalkan penduduk berkhidmat di dalam negara dan tidak berhijrah ke negara asing.

(sumber: ubahsuai dari Strategi Menjawab Soalan STPM Geografi Kertas 2, Fajar Bakti)

No comments: